Geng Blogger

Friday 16 March 2012

Apakah ini Satu Mimpi Atau Hakikat yang Harus Aku Terima



Assalamualaikum,


#3hari berlalu ......
Tapi aku rasakan bagaikan 3bulan . mungkin 3 tahun
Dan aku tetap begini.
Rasa aneh dalam diri aku dan aku hampir tidak mengenali diri aku sendiri..Aku cuba untuk think possitive .
Ya Allah apa mungkin ini adalah satu petunjuk yang Engkau berikan pada aku sebagai penunjuk jalan kepada aku menghalakan aku ke arah yang betul kejalan yang benar jalan yang diredhai Mu :)

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau kurniakan aku perasaan aneh ini . Aku bersyukur .

Tak lupa juga kepada teman2 yang sentiasa memberi semangat kepada aku dikala aku rebah mencium tanah , dikala aku sakit meredah onak duri , dikala aku terluka hati menangis , dan semasa aku penat memikirkan apa yang terjadi pada diri sejak 3 hari ini .Terima kasih sekali lagi . Di situ aku tahu betapa ramai yang sayangkan aku , Allah pun sayangkan aku .

Semakin hari , semakin ramai yang bertanyakan tentang diri aku , terima kasih diatas segala nasihat korang . Nasihat yang mampu menenangkan hati nurani aku , nasihat yang mampu buat aku terus bangun kuatkan hati kerdil aku. Hanya ucapan maaf yang aku sediakan kerana mungkin korang rasa aku dah berubah dan tak sama macam dulu lagi . Tapi aku nak korang tahu aku tetap faiqah yang dulu , sama je .. Korang nak bergurau apa bagai dengan aku , aku okay .Thanks sebab ambil berat pasal aku and aku pun saayangkan korang jugak .

Tolong jangan anggap aku macam orang asing . please . 

Kepada lelaki yang pernah bertakhta di hati  , Aku mintak maaf sebab aku rasa kau yang paling rapat dengan aku , walaupun baru beberapa bulan je kita kenal , 4 bulan kalau tak silapAku mintak maaf Sharizwan sebab sikap aku berubah serta merta terhadap kau ,

#Aku dah tak layan kau sama macam dulu
#Aku dah tak sms kau kerap macam dulu
#Aku dah tak call kau kerap macam dulu 
#Aku dah semakin susah nak angkat call kau
#Aku dah semakin lain dengan kau
#Mungkin kau rasa aku semakin jauh dengan kau

And aku tahu kau perasan semua tu. Aku minta maaf okay . Aku terpaksa ikut kata hati aku ni . Aku seolah hilang deria rasa , Kalau dulu aku selalu ada rasa sayang , cinta , rindu kat kau . Tapi sekarang aku lebih rasakan sayang aku , cinta aku , rindu aku tu Allah lebih berhak ! Cinta Allah tu lebih agung tapi aku perlukan pembimbing aku . Seorang hamba Allah yang boleh membimbing aku sama-sama menuju ke jalan yang diredhai Allah sebab aku juga insan biasa yang kosong , cetek ilmu .
Maaf jika aku banyak menyinggung perasaan kau masa kita berkawan dan sampai bila2 kita berkawan ye :)
Maaf juga jika aku buat kau menangis dan boleh melemahkan ego hati lelaki kau :)
Terima kasih sebab sentiasa ambil berat tentang aku selama kita kenal .

Nota hati : Aku masih mencari identiti diri aku yang sebenar . 
Sering kali kita terlalu mencari jodoh yang sesuai sedang kita terlupa untuk mencari hidayah. Cari hidayah kelak jodoh datang mencarimu :))

10 comments:

  1. sedihnya entri kali ni... :'(

    ReplyDelete
  2. hai sukur,, jgn laa sedih2 k :) happy always . hidup kena teruskan ..

    ReplyDelete
  3. aku selalu ingat saat kematian.. tp akhir2 ni aku makin melupakan kematian.. aku dah mula jahil dengan suruhan-Nya.. mudah2an aku dapat kembali ke jalan yg diredhaiNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah sukur ,, alhamdulillah kau still ingat semua tuu daripada tak pernah terdetik di hati kan ....

      Delete
  4. life must go on... be strong dear, Allah sentiasa bersama kita... :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup hidup mesti diteruskan . ni baru permulaan hidup kan :) thanks sis ..

      Delete
  5. adek pnah rasa pe yg akk rse ni sblm adk jmpe llaky yg bwak titik prubahan dlm dri adk n bimbing adk utk mkin dkt dgn Allah . InsyaAllah , semoga hidayah milik kita :)

    ReplyDelete
  6. allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita..benda buruk berlaku ade sebabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sayang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :)

      Delete