Geng Blogger

Wednesday 29 February 2012

Belajarlah untuk menjaga hati orang lain

Asslamualaikum 


Allah dah ciptakan kita dengan bermacam jenis segala perasaan .Suka , marah , sedih , gumbira , rasa nak tendang orang . Haih,memang banyak lah .Dan semua orang akan rasa setiap perasaan tu ! Cuma orang yang tak ada perasaan dan hati kering jek yang tak akan rasainya *muka kerut2 nak bagi korang percaya cakap aku :)

Bilamasa kita gumbira , ingat lah ada ramai orang yang sedang berduka. Dan pabila kita sedang gumbira , Kekadang ada jugak orang yang tak suka tengok kita gumbira .Itulah ragam manusia :)
sudah termaktub dalam kamus kehidupan edisi ke 27..

Sebaiknya kita perlu belajar perkara yang satu ini ..
Belajarlah untuk menjaga hati orang lain dan percayalah orang pun akan jaga hati kita jugak. sama-sama kita menjaga hati okay..

Bertolak ansurlah, baru harmoni kan :)
Terutama orang yang rapat dengan kita, rakan sekelas , rakan sejawat , rakan sebantal.Eh tetiba bantal :)
Papa Mama Mummy Daddy Ibu Ayah tu memang sure2 lah kan kita kena hormat dan toat kan !

Jangan bagi orang sakit hati dan terasa dengan kita. Tapi kalau dah nak terasa jugak nak buat macam mana kan .^__^

: hari ni memang betul2 terasa tapi.... hmm,, tak apa lah :)


Tuesday 28 February 2012

Jangan buat main dengan hutang :)

APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG DAN APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG?

Adakah ini menggalakkan orangramai suka berhutang? 

Dalam Islam berhutang memang di haruskan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan makan dan minum, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. 

Sebagaimana dalam sebuah hadis :- 

Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya]. 

Hadis ini menerangkan antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang seseorang. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. 

Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya: 

1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. 

2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah. 

3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim. 

4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati. 

Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya. 

Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan?, kita akan dihumban ke dalam api neraka. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya. 
Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 

[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. 

Sabdanya lagi : 

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang]. 
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W : 

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya]. 

Abu Said R.a berkata : 

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak. 
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. : 

Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya]. 
wallahu a'lam bissowab


Monday 27 February 2012

Bertuah lagi :))))))))))))

Assalamuallaikum haii reader tersayang :)

First aku nk ucap syukur Alhamdulillah sesangat sebab Geng Blogger aku bertambah dari hari ke hari. Kalau tak percaya sila tengok kat Geng Blogger aku kat tepi sebelah kanan ni. Haa batak tak aku ?Padahal tak ada lah banyak sangat kan ,, Sembang nak UP mengalahkan follower aku Kalah YUyu Zulaikha Maria Elena Hanis Zalikha Nisa kay Fatin Liyana bagaiiii ... hahhahahahaha Tak kesah laa korang nak cakap apa, yang penting aku happy sebab ada jugak orang yang nak share and sudi baca semua tulisan cakar ayam aku ni . HIHI. 
Bukan apa aku exited sangat sebab blog Hodoh aku ni belum sampai sebulan rasanya . Tapi Alhamdulillah jumlah Geng semakin hari semakin bertambah . Bukan terima kasih kepada geng jek , Juta-juta  terima kasih jugak kepada Silent Reader yang datang dari bermacam pelusok dunia *cehh ,sembang  nak up lagi padahal tak ada pun reader dari London pun , eh tapi Somalia ada. nama dia en.Sharizwan . kuikuikui, mesti kau bengang gile kat aku kan Wan *

Okay , sebenarnya aku nak cerita ini .....:))))




Haaaa,, teka lah apa aku nak cerita dengan gambar diatass .....

Nampak tak gambar aku besar gedabak dalam blog adik comel ni ?? 

Tadi adik comel ni hantar email kat aku soh send alamat aku sebab dia nak bagi aku something sebab jadi LUCKY FOLLOWER dia ...
Hehehe,, sweet bukan ? Terharu gila aku, Dah laa hari tu ABANG BEN ASSHAARI view blog usang aku ni kali ni aku dapat present pulak sebab jadi FOLLOWER .Untungnye jadi follower :)

Haaa,, korang nak tahu tak sebab apa aku boleh jadi lucky follower adik comel ni ??Sebab katanya aku ni follower dia yang ke-33 sama macam tarikh anniversry couple dia dengan Tengku Faris dia yang comel jugak 3 hb3 :)))
Aummm,,sweettt lagi. Sis doakan korang berkekalan okay :))

p/s=sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada :)

Sunday 26 February 2012

Jatuh Cinta Dengan Suara ENCIK MIMPI

Assalamualaikum..

Memang betul aku dah jadi gila sekarang. Duduk terperap kat bilik lagi dan masih belum makan. Kalau tahu macm ni baik aku niat peasa je semalam. haha

Dari aku bangun tidur tadi rasanya vedio2 ENCIK MIMPI aku tak off2. siapa ENCIK MIMPI ni erk . Mungkin dah ramai tahu siapa ENCIK MIMPI ni dan mungkin yang tak tahu lagi . So aku nak bagitahu siapa dia ...


Ni intro ENCIK MIMPI ....

nak lagi ??

Baca dia punya info je abaikan entry dia yang kat sebelah tuu:)

Hebat giler aku rasa dia ni ... Bukan calang2 orang tau. Dia study kat oversea kowt ! dah tuu power buat vedio . Suara mantap . Ishh ,, boleh pergi jauhh ni. 
Korang nak kenal2 dengan dia ni lebih dekat .. 
klik sini ....


Korang nak dengar suara ohsem dia ? senang sangat .
Gi je kat youtube then taip je ENCIK MIMPI . berlambak keluar weh ..
Actually aku pun baru je thu dia ni tahun lepas kot masa bukak blog RAHMAN SYAH si lipas ala,, bf YANAYONET tuu ..:) Rahman letak lagu macam dalam blog aku sekarang ni :)) Best kan ;D

So apa tunggu lagi gi laa stalk ENCIK MIMPI sekarang .
Untungnye sape jadi gf dia kan . Semua lagu2 dia ada yang dia tulis sendiri berkaitan hidup dia :)
Aku pun dah jatuh cinta jugak dengan sura dia ...ggrrr

Pas maghrib nak gi pasar malam . jom :)

Saturday 25 February 2012

TEBIAR :'(

Assalamualaikum 
:'((((((((((((((((
Kesedihan datang melanda diri...
Haaaaa,,ni laa orang tua-tua cakap , hidup ni jangan happy sangat , bila dah happy2 lepas tu mesti menangis . Tapi aku tak la sampai menangis bukan apa aku memang susah nak menangis kecuali aku terlampau marah atau geram je . Tapi kalau aku sedih aku akan cuba sorok kesedihan aku tu tak nak laa orang tahu aku sedih. 
Tapi hari ni memang rasa betul2 terbiar dok dalam bilik ni menjelang roomat tercinta meninggalkan aku :(
Dah seminggu dah macam ni. *mungkin sekejap lagi aku akan gila ! haha
Hidup aku tak terurus weh , Siapa tak ada keja dan boleh  uruskan aku ??*sangat memerlukan . haha  dah2..
Awal aku bangun hari ni. pukul 12 tengahari haa , awal kan ? *niat hati nak bangun esok pagi je terus .haha
Actually penat berjimba semalam ta habis lagi.. ngeeee.Alasan cover !


Okay, sekarang aku nak umumkan yang aku belum makan lagi :'(
Iwan call tadi tanya dah makan ke belum . Sedih aku,,,sebab aku memnag cepat tacink bab makan ni . Perut lapar memang buat aku hilang mood . *budak kuat makan . 
Haaa kalau dulu setiap kali mkan ada orang teman iaitu roomate tersayang ni ..

-----)




Budak gemok ni memang kuat makan *


And aku addict giler kat benda ni . Bandunglaici addicted !!

Warrrrgghh,,lapar . sape nak teman au g makan niiii ??


Pergi sendirii laaa .. mesti batak giler aku jap lagi.. nak makan bebanyak . papai :)


Terharu dan SPEECHLESS '(^___*)

ASsalamualaikum :)))))))))
haaaa ,, nampak tak senyuman lebar aku disana ?
Happy nye hari ni :)) sumpah memang happy sesangat !
Tak ada yang happy melainkan yang happt-happy belaka entry aku malam ni !

Siang tadi keluar berjimba bersama MADEMOISELLE PARTNER :p
*tak tau ke MADEMOISELLE tu menatang ape ? adakah sejenis kuih raya ?
haih , bukan lahh !

Kalau nak tau pergi sini !
jangan lupa LIKE page kami and bagi kami support yeee :))

malas nak cerita panjang faktor banyak kerja yang perlu dibereskan nah santapan hidangan makan malam...

nama dia syuhaidah paggil dada :)

Rindu giler kat budak ni. Lama betul tak jumpa kan . LAst July tahun lepas kita g jalan and main bowling kat Bukit Tinggi yang aku menang tuh kan .lalalalala :0

Then dapat kawan baru yang dah macam lama kenal. *siapa yang jadi kawan aku memanag akan hilang sifat malu. bhahaah :)

Haaa ni laa seha , bakal peguam tuuu. seha nanti kalau sharizwan buat masalah dengan kite , kite panggil seha jadi peguam bela k ;D


Aksi mengada aku :)

Hope lepas ni dapat jumpa korang berdua selalu atas perkongsian rahsia negara . hehek :)

Lagi satu story yang buat aku tersenyum sampai telinga bila ini ....


Haa nampak tak ? besar gedabak lagi aku letak . tu tanda aku hargai sangat Abang BENASYAARI datang terjah blog usang tak cukop makan aku ni , btw ,, tahniah jugak kepada blog terpilih yang lain :))
ni yang buat aku nak buat entry 350km sejam ni ..ggrrr

Thanks sudi baca and leave ur comment supaya aku dapat mengesan jejak langkah korang mana tahu kalau-kalau sesat dalam blog usang aku ni  :)

p/s: happy bebenoo .


Friday 24 February 2012

the things that i WISH ♥

Assalamualaikum sumee :)

hai , malam ni aku rasa bosan bebenar and sebenarnya tak ada mood nak menaip tapi bila terberangan drive nissan fairlady 350z terus feel nak menaip dengan pantas muncul dan point malam ni memenuhi otak ku mungkin medulla oblongata mahupun cerebrum dan juga cerebellum :) (*nampak sangat tengah berangan lagi ni) *simbah air cepat !


Okay sebenarnya aku dah lama simpan rahsia ni .Malam ni aku akan pecahkan rahsia negara aku ni . Dah tak ada lagi "BIARLAH RAHSIA" .
Sebenarnya aku memang ada bela binatang bertayar empat ni





OHSEM bukan ? *angguk2 kepala tanda setuju dan terus terpaku kepada kegojesan beliau ;p
Dah2 jangan laa ushaa lelama hadiah TAN SRI SHARIZWAN belikan masa bufday I yang ke-19 tuu .hehe . 
------> berangan dan teruskan berangan .*indah

Haha , okay lah jujur nak bagitahu kereta tuu ada orang pinjam tak reti nak pulang balik .gerammm !
actually AMIR yang berlakon VANILA COKLT tuh yang pinjam . Korang perasan tak amir selalu bawak yang kaler hitam tuuu :)



Heee ,,okay laa jujur lagi , sebenarnya aku tipu *padahal korang memang dah tak percaya dan mungkin anggap aku gila tapi COMEL . okay enough!

siyesly aku bosan teramat sangat faktor rindu kat roomate tersayang si TASA !
really missing you faktor dia sekarang tengah practical kat Hospital Klang manakala aku di Hospital oxford Sungai Buloh :)

Sedih sebenarnya !

okay lupakan ! sebenarnya entry malam ni nak cerita pasal WISHLIST aku .
Benda yang paling aku addict sangat . okay ni citer pasal meterial la k . Tapi aku bukan meterialistis sangat lah . Mungkin lelaki dah tak nak usha aku lagi kan faktor aku materialistik . Haa , acctually wishlish aku ni aku nak dapat and capai dengan titik peluh halal aku sendiri ,. Tak de nye main datuk, tan sri , mahupun apek kaya . FAHAM ?

The first thing bila dah kerja dengan gomen nanti aku nak beli kereta ni :)
aku jatuh cinta kat dia since aku dalam perut mak lagi :))





haaaa,, so macam mana , tak ada lah high taste sangat kan. Korang lagi high taste nak PEUGEOT RCZ2 tuh kan .





Hehe ,honda jazz ni benda first yang aku nak bila dah kerja nanti .
Harap tuhan makbulkan . Aminn Yarabbal Alamin .


p/s:Oh nissan fairlady i heart to you . Dapat tengok pun dah rasa bahagia ♥


Monday 20 February 2012

Sakit Setengah Mati Orang Cakap

Assalamualaikum ,hai hai hai :)

Jangan tak tahu hari ni first day aku posting clinical area bagi tahun 2012 (semester 3 diploma kejururawatan) Haaa ? Tanya lagi apa tu clinical area. kan dah bagitahu aku ni student nurse and memang setiap sem aku akan practicl , tak dekat wad hospital , dekat klinik kesihatan ataupun klinik desa . 

Maka, bermula lah kehidupan aku menjalani sesi practikal di Hospital Of Korea, ehh salah2 . Hospital Sungai Buloh nihaa :P (even kolej selangkah jek dengan hospital, aku still macam kera masuk kampung tak tau jalan nak gi wad, batak gila kan, boleh sesat kalau sensorang ni.haha)

Tadi buat pertama kalinya aku masuk ke Labour Room. *Labour Room tu dewan bersalin.
Dan buat pertama kali lah aku melihat dengan mata kepala aku seorang ibu yang bertungkus lumus melahirkan bayi yang dikandungnya 9 bulan 10 hari cukup !
Nak tahu apa perasaan aku time tu? 

*Meh nak cerita meh

1)Rasa tak sanggop nak tengok tapi aku kena kuat untuk tengok sebab 1 hari nanti mungkin aku akan conduct ibu bersalin. *kata nak jd superb misi

2)Rasa nak menangis kuat-kuat and call mama nak mintak ampun mintak maaf ampunkan segala dosa dari hujung rambut dari hujung kaki :'(

3)Rasa tak nak kawen and tak nak lahirkan baby . Fuuhhh sakit setengah mati babe! *adakah aku menakutkan kaum hawa yang baca blog aku ni ?

4)Rasa nak tendang jek JM yang conduct ganas2 tak tahu ke orang sakit? 

5)Rasa happy bila tengok baby comel. And berangan ada baby sendiri pulak. *Padahal tadi cakap tak nak kawen . Haih.

6)itu sahaja^_^


Itulah orang cakap sakit yang paling sakit dalam dunia ni ialah, sakit bersalin dan sakit gigi selain sakit nak mati. Susah rupanya bersalin ni. Nak kena kendong baby seberat 2 bijik batu block orang buat rumah tu 9 bulan 10 hari. Berat korang tahu ?

So ape tunggu lagi cepat laa call mak korang mintak ampun atas segala dosa. Banyak tak terkira kan. huaaaagghh, sekali dengan aku menangis.

Meh tengok sini comel tak comel baby ni :)


comel macam aku kan . haha .perasan. ehh yee masa kecik2 dulu aku macam ni laa.

Tapi kan kenapa ada pulak kes yang macam ni???



Sedih kan bila tengok kes-kes macam ni



Pabila manusia bertukar binatang !

Tahu tak anak tu hadiah Allah yang paling berharga . Bila tuhan dah bagi rezki tu bersyukur lah . Jangan buang rata-rata. Dia bukan sampah tapi dia ibarat permata . Dia ibarat sehelai kain putih. Suci bersih. Jangan hukum dia yang tak berdosa . Dah pandai buat pandai lah jaga .
Mood-marahh !! kbai.
*esok tengok dilevery lagi 

Someone Like You (◕‿◕✿)


Assalamualaikum...
just a short entry .

weh , aku dah jatuh cinta kat mamat ni :)

Topic perbualan gila2 hari ni ....



blablablablablablabla.......(banyak lagi kitorang merepek merapu kat atas ni)

Blink delivered: ko mmg cntek pon... laki mmg la cmtu.. first2 kawan2 pastu nk demand plak.. jgn lyan tau

Eqa Chuichui: hahha  macm kau kan.. mula2 kawan.. tapi aku ikhlas terima kau:)

Blink delivered: tau pun... tp aku mmg nk cari pasangn pon time ushar2 ko.. da niat dlm ati nk cari calon n xsngka ko trime aku.. tengs momot !

Eqa Chuichui: maaf laa , calon kau yang ni tak sempurna .


Blink delivered: :) contoh?


Eqa Chuichui: gemuk , pendek , perangai tak senonoh , pemalas , garang .

Blink delivered: gemuk bleh krus, pendek boleh pkai heel, perangai boleh ubah, pemalas boleh upah bibik, garang??? aku je tau ko mcmne.. :)

Eqa Chuichui: sweet nye jawapan kau :)

Blink delivered: tenkiu swety.. :) untuk ko aku trime seadenye... n ko pon aku tgk da smpurna utuk aku.






I just want someone like you :)


.i miss you gile.

Sunday 19 February 2012

GUN N ROSES night 2012

Assamualaikum
Ni entry yang aku janji nak upload pic bebanyak tu . Ingat lagi tak ?
Nah tengok yang ni dulu.



Okay, ni tajuk entry aku hari ni.
Apa pendapat korang bila tengok tema di atas ?

Okay ni tema untuk  NURSING NIGHT 2012 aku . Pada sesapa yang tak tau, aku ni still study and i'm nursing student :)
Pada setiap semester, kos aku ni akan buat event bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara senior and junior . Bagus ke tak bagus event ni ? Acctually event NURSING WEEK ni banyak advantage tau disamping dapat menenjoykan diri tak lah dok terperap je kat bilik tak ada apa-apa aktiviti kan :)

Sepanjang sebulan lebih kot aktiviti suka dijalankan , semua permainan ada kecuali baling guli . hehe .Pilih je nak main apa . Semuanya ohsem :)
Tapi kita main biarlah sekadar suka-suka je kan . jangan lah sampai gaduh nak rebut pingat thomas pulah kan . tetibe.^^
Okay mals nak bebel panjang citer pasal sukan . Sakit hati tetibe . Jangan tanye kenapa .


Meh meh nak tunjuk pic model2 superb malam GUN N ROSES semalam :P


ni Tasa . sahabat peluk cium aku . love you ;

Lagi-lagi ohsem pic


YULIA MAIDARLIS. sweet name right ^^


ECAH N PUTRI . gojess giler korang semalam :')



Best Friend Ever . dia ni tercalon jd King of the night semalam ;D




ni junior yang nakal merangkap adik kesyangan . chaitt, kesayangan lah sangat **




sahabat peluk cium ;p










Budak chubby ;D






mmmuuuaaahhh *sharizwan








Teman Sebantal . Rindu dia sangat :)






Aku nak berhenti lah upload pic aku sebelum korang muntah tengok muka aku .heee . Tapi event semalam memang giler-giler best , persembahan semua ohsem :0
And the last one , nak tahu tak sapa KING N QUEEN merangkap GUN N ROSES 
Meh sini aku nak tunjuk sape . Ape aku ke ?? Haha , mesti lah bukan aku ....
Sini sini












Okay inilah KING N QUEEN :)
Waa,, sweet kan .
*yang dekat belakang tu calon-calon . semua cantik2 kan :')


okelah penat aku tunggu upload pic , berjaman sungguh faktor berukband tak bagi makan pisang . aku tinggalkan korang dulu ehh .


*This year festival is so awesome . i;m proud to be a nurse :')
with love ,babai 

Friday 17 February 2012

Esok aku ada event best .Tak sabar nak upload pic banyak-banyak. 
Tunggu eh :')



sweet memory :')