Geng Blogger

Wednesday 18 July 2012

Tentang Pavlova ♥

Assalamualaikum:D
Hari ni cuma nak kongsi tentang Pavlova.
Kompem kat sini ramai yang dah tahu pasal pavlova. tapi mungkin ramai jugak yang tak tahu ape tu pavlova kan ?? hehe macam aku dulu2 , tak tahu pun pavlova tu ape . (dok cerok mana tak taw);P
Kepada yang tak tahu , cepat jumpa pakcik google :P


Pavlova adalah sejenis model kereta, ehh bukan2 sebuah daerah di zimbabwe utara (tak memasal nampak beno nipunye) ;P

wahai rakyat jelata pavlova tu benda ni laaa .......Sedapppppppppnyeeee ;)

okay ni la PAVLOVA♥
Haa meleleh tak ayaq lioq korang tengok ni ?
Ia adalah sejenis desert .auum auumm . sedap gila wea. Yang ni kawan baik aku buatkan untuk aku , Syuhaidah nama dia. Thanks Dada . love you..

Berikut adalah isi kandungan SMS bersama Dada
 12 Julai 2012


aku:Hye dada tengah watpe tu . Aku nak tanya boleh ? 
dada:tak ada watpe . Asal ?
aku:Da, ko pandai buat PAVLOVA tak????
dada:pandai , baru minggu lepas buat . Kenapa nak rasa ke ? datang laa rumah !
aku:really ???? (macam tak percaya je aku dada nak buatkan)
dada:ye datanglaa hujung minggu ni. stock strawberry fresh pun banyak dalam icebox :p
aku:ye daaa ,, nanti aku pegi .hehhe


14 julai 2012 aku dah terpacak kat rumah dia !
dekat 2 jam kot perjalanan dari hostel aku (sungai buloh) dengan Bentong,Pahang tuuuuu .
Semangat giler kot aku nak makan menda alah ni . kuno betul aku kalau aku sorang je yang tak pernah rasa .
Sedap gila baq hang wehhhhh !!! okay aku dah rasa :)


Walawehhhhhhh . credit to Syuhaidah :) 
nanti buatkan aku redvelved dengan caramel pulak tau :p

Monday 9 July 2012

selamat tinggal :'(

Assalamualaikum

hari ni sedih sangat cuma nak ucap selamat tinggal buat awak yang selama ni menemani hari-hari saya .
Ribuan terima kasih saya ucapkan sebab sudi hadir dalm hidup saya. Saya akan simpan awak sebagai kenangan terindah dalam hidup saya selamanya walaupun kini saya tidak lagi bersama awak tapi saya tetap akan jadikan kenangan yang terindah dalam hidup saya :'(




Selamat jalan mister romeo





Arwah ni dulu baik orangnya . Thank sebab berkhidmat untuk kite ye awak :)

Friday 11 May 2012

Assalamualaikum blog usang :)
selepas beberapa tahun tak meng-hup-date blog ni . tengok laa.ni atotooto kesiannye dia berhabuk dah meh sini mama bersihkan .*gedik .errr...
sorry guys maybe dengan harapan lepasni blog aku kena siram dengan petrol then bakar dengan kejam .*kejam weyh jangan jangan :p

Banyak alasan nak bagi kenapa aku dah lame tak update blog ni .nak tau ?
1.sebab owner comel dia ni tengah bertempur dengan FINAL exam.korang doakan tak ?(tinngal satu paper je lagi pun)
2.faktor BROADBAND kena curi dengan BERUK (ehh bukan-bukan si Iwan tuu haa yang curi bawak balik kedah)
3.tapi paling berfaktor sebab MALAS .hehehe 

#kepada follower tersayang , pernah tak korang terlintas kat fikiran nak UNFOLLOW aku ?(faktor blog semakin terbengkalai)
kalau ada perasaan tu aku nak majok dengan korang 2 minit ! sumpah touching doe .

*selepas 2 minit


kita rapat2 mesra2 macam dulu balik k plisssss :) 

with love Cik Nufa :p



Monday 9 April 2012

kenapa orang suka cakap buruk pasal kita

Assalamualaikum hye peeps :)

Gempak tak tajuk entry aku kali ni ? tak kan ,, sengaje wat gempak . Jum baca banyak lagi ayat  gempak2 yang uolls boleh copy paste *aku pun selalu buat :P

Erm kenapa orang suka cakap buruk pasal life kita ??

Even kita tak hado pulak nak kacau hidup diorang malahan tak pernah sedikit pun menyusahkan diorang. So pernah tak korang terfikir ?? 
Ni aku nak bagi jawapan untuk korang yang selalu yang teraniaya dan dianiaya sebegini rupa . isshhh,,sadis betul kan ...

Harap boleh laa melegakan and melapangkan sedikit hati korang tuuu

Orang selalu cakap buruk pasal kita walaupun kita sedikitpun tidak pernah mengganggu/masuk kedalam mimpi mereka sebab diorang tuu jeles dengan kehidupan kita laaa , so jangan risau sebab mereka ni sedang menjaga and memerhati tentang kehidupan kita yang INDAH dari mereka . hikhik . orang femes mmg macam tu tak perlu jadi retiss pun kan . hikhik . So be tabah okay :) 
*kata2 semangat untuk korang dan untuk diri aku jugak 

Nak cakap aku pun sedang macam korang jugak laa ni .

Biarlah , mulut orang memang tak boleh tutup kan ,, kalau mulut rimau dah lama aku ikat dengan tali orang main tarik tali tuuuuu ..gggrrr

So,, kalau korang nak buat apa2 jangan fikir orang lain sebab orang lain tu hado ke fikir pasal perasaan korang .isshhh 
Kalau aku penat da nak fikir pasal orang lain , last2 langsung tak dihargai.

Ishhh,, sudah lah . lebih baik STOP dari aku terus membebel entah apa yang terkeluar lagi ni kang . Okaybye :)


Sunday 8 April 2012

Hello i'm NUFA

Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tak update blog kan

Terima kasih Allah masih sudi beri pinjam nyawa pada aku lagi . Alhamdulillah


Haaa,, kawan2 perasan something kinda cute tak bila masuk zon larangn blog aku ni ?
Nampak tak . nampak tak ?
Sape tak nampak dia ta comel . kuikui

Tu laa nama blog aku tu haa , tetiba rasa gatal nak tukar nama bagi nampak comel lagi hikhik:)
#gedik nak mamposss !

Sebelum ni nama dia PERFECT TWO 

tapi sekarang nama dia




NUFA

 Description :-
" Saat orang bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, Itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka " ♥ so , keep smile and moving forward ^_____^
 
okay kalau nak tahu NUFA tu nama aku je singkatan dari NURUL FAIQAH :)
Nota NUFA // banyak maksud tersirat daripada description tuuu nnty aku citer ehh.
 

Saturday 31 March 2012

OMG dapat jumpa hot blogger FL :D

Assalamualaikum 

Seronoknya bila dah habis exam , lepas exam jum kita lepaskan geram :D

Semalam eqa pergi midvelley ditemani sahabat2 mase zaman kanak2 dulu ishh lama betul laa tak jumpa budak2 ni .. (dulu main masak2 sama2 la) sekarang dah besar panjang kacak2, cantik2 dah :p




ni syuhaidah , aku kenal dia dari form 1 lagi , lama dah kan sekarang dah doploh tahun da pun :)
lupa nak bagitahu dia ni bussiness partner aku untuk butik tak seberapa kami ni Mademoiselle . Meh laaa singgah jenguk :p


Yang ni Ahh meyy . bukan chinease taw . melayu tapi ramai yang cakap muka dia macm cina sebab dia comel sngt . ahakss ,, semalam dia suruh teman dia beli baju untuk GF dia , heyy,, untunglah awek ko amey :P , kalau nak tahu dia borong tudung bawal roses yang aku jual tu 3 helai tau . :) And aku ni merangkap teman tempat dia luahkan masalah , ahh mey sabar k dengan dugaan hidup ko .

Masa tengah selak menyopingkan diri (bahasa paria), tetibe terserempak dengan awek cun ni :)



Haa , kanal tak kenal tak . jeles tak jeles tak uolls :)

Bestnye bila dapat blogger hebat , bakal doktor ni . dah laa cantik pandai lah tuh . im adore with her . kan best bila dah keje jadi nurse nanti dapat keje 1 hospital dengan dia tak satu ward pun takpe :) *berangan jek tahu!

ni blog dia , siap dapat award blogger terohsemm lagi taw 




aww , gojes sangat FL ni kan .

comel :)

Tak sombong langsung taw FL ni . FL i adore with you <3

sekian silalah cemburu sambil hentak2 kaki :p

Monday 26 March 2012

esok ! stresss . Ya Allah tenagkanlah hati aku .

Assalamualaikum


sekarang aku betul2 serabut



Esok aku start exam midterm . Ramai tak kawan2 kat luar sana yang nak hadapi exam macam aku ni ? 

Ya , Allah risaunya :(


Acctually aku belum habis revision lagi ni . Gara2 aku practical hari tu , balik keje memang penat sangat and tak sempat nak bukak buku pun . Sekarang baru nak kalut baca khazanah alam ni..





Memang terbaik buku2 nursing ni kan :)

Hope soalan tak susah sangat and aku boleh jawap semua soalan . Ya Allah bantulah hambamu ini ...

Good luck kepada kawan2 batch 1/2011 .. Hope kita semua lulus dengan cemerlang okay . And tak lupa juga kepada semua yang sedang atau akan menghadapi exam . GOOD LUCK AND DO DA BEST UOLS :))))

Friday 23 March 2012

Aku terima nikahnya :)

Assalamualaikum


Topik malam ni adalah untuk kaum Hawa diluar sana yang masih menunggu/mencari cinta :)
Dear Hawa's ...


 no boyfriend doesnt mean you are gonna to be lonely forever. Will be the time your prince charming will come & propose you to be his wife. Not his GF =_=



Dan inilah sebenar benarnya hari yang kita, kaum Hawa impi-impikan bukan ?

Allah tu ciptakan hambanya berpasang pasangan . Inshaallah jika dia mamang jodoh kita selamanya dia lah yang ditetapkan Allah untuk jadi cinta kita hingga Jannah :) so , no worry about this okay !

Nota hati :Jadilah kekasih Allah , InshaAllah nanti Allah akan pertemukan kita dengan orang yang menjadi kekasihnya juga :)

Wednesday 21 March 2012

Salahkah jika ada perasaan Cinta ?

Assalamualaikum :)

Topik couple/boyfriend/girlfriend aku rasa memang tak pernah tak hot. Ini memang merupakan dilema remaja Muslim. Yang dah ada berkata "Kang kata tak nak nanti membujang, tak cuba kang nanti jadi anak dara tua, tak cari sekarang bila lagi. Yang tak de/tanak berkata "Tak boleh, couple membawa maksiat, eh haram, NO in religion, so why bother? Tak payah menyorok, cinta/rasa suka itu fitrah. Allah, agama, Rasulullah SAW dan ibu bapa wajib dicintai. Kalau tak de rasa cinta macam mana orang berkahwin boleh rasa bahagia kan.


So jangan nak mengelak dengan rasa cinta okay ! Tak salah pun . Aku pun pernah macam korang . Tapi aku sekarang lebih suka sembunyi perasaan cinta aku pada manusia. Biar aku simpan je dalam hati aku ni. Biar Allah je yang tahu betapa tinggi rasa cinta dalam hati ni . Kalau tuhan meredhai cinta aku , Inshaallah jodoh kita tak kemana biarpun si dia tak tahu . Tapi yang paling utama ialah aku nak cari Cinta Allah dulu ! ya itu matlamat utama !


Tapi bagi wanita lemah seperti aku , aku pun tak tahu layakkah aku menumpang dibumi , meminjam nafas , melangkah dengan takin. Siapa aku , hina . Tak berhak , tak pernah berhak . Hina ! Dan aku sangat perlukan pembimbing kerana sangat cetek ilmu yang aku ada .Tapi aku yakin, Inshaallah kalau kita ingin berubah menjadi orang baik , Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk kita !


Setiap hari akan memikirkan siapa aku di bumi Allah yang banyak melakukan kesilapan, dosa . Ya Allah .


nota hati : Berjuta dosa yang kita lakukan , Allah hanya perlu satu taubat sebenar-benar taubat.







Saturday 17 March 2012

Alhamdulillah aku semakin tenang sekarang

Assalamualaikum

Thank you Allah because still put a sweet smiley on my face :)



Hari ni aku bangun tidur rasa segar sangat , tak macam sebelum ni tambahan pula bila teman tak putus asa , tak berhenti henti berikan aku nasihat yang mampu membuatkan aku kuat dan terus bangkit semula dari ujian Allah untukku . 

Sebelum ni aku rasa sangat lemah , rasa tak mampu lagi untuk meneruskan hidup bila mengenangkan betapa banyaknya dosa di muka bumi ini , semakin hari semakin banyak ,setiap detik mungkin ! Subhanallah takutnya :(

Akan tetapi aku perlu tabah dan kuat , mungkin ini adalah jalan yang Allah SWT tunjukkan kepada aku setelah sekian lama aku alpa tentang tujuan aku hidup di dunia ini . Mungkin ini adalah satu hint yang Allah berikan supaya aku tidak mensia-siakan waktu hidup di muka bumi ini .

Selah lama berfikir dan terus berfikir , menangis tiada henti apabila perkara ini datang menerpa , Aku terasa diri untuk bangun kerana hidup perlu diteruskan walau apa jua sekalipun yang berlaku . Ajal itu ditangan tuhan , Siapa kita untuk menentukan ajal Allah . Tapi janganlah kita melupakan ajal .

Terima kasih Ya Allah Engkau telah membukakan sedikit pintu hatiku untuk selalu merindukanMu . 


nota hati : Imagine dying in your sleep without having prayed your solat and waking up to find your self six feet deep in your grave 
#subhanallah

Friday 16 March 2012

Apakah ini Satu Mimpi Atau Hakikat yang Harus Aku Terima



Assalamualaikum,


#3hari berlalu ......
Tapi aku rasakan bagaikan 3bulan . mungkin 3 tahun
Dan aku tetap begini.
Rasa aneh dalam diri aku dan aku hampir tidak mengenali diri aku sendiri..Aku cuba untuk think possitive .
Ya Allah apa mungkin ini adalah satu petunjuk yang Engkau berikan pada aku sebagai penunjuk jalan kepada aku menghalakan aku ke arah yang betul kejalan yang benar jalan yang diredhai Mu :)

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau kurniakan aku perasaan aneh ini . Aku bersyukur .

Tak lupa juga kepada teman2 yang sentiasa memberi semangat kepada aku dikala aku rebah mencium tanah , dikala aku sakit meredah onak duri , dikala aku terluka hati menangis , dan semasa aku penat memikirkan apa yang terjadi pada diri sejak 3 hari ini .Terima kasih sekali lagi . Di situ aku tahu betapa ramai yang sayangkan aku , Allah pun sayangkan aku .

Semakin hari , semakin ramai yang bertanyakan tentang diri aku , terima kasih diatas segala nasihat korang . Nasihat yang mampu menenangkan hati nurani aku , nasihat yang mampu buat aku terus bangun kuatkan hati kerdil aku. Hanya ucapan maaf yang aku sediakan kerana mungkin korang rasa aku dah berubah dan tak sama macam dulu lagi . Tapi aku nak korang tahu aku tetap faiqah yang dulu , sama je .. Korang nak bergurau apa bagai dengan aku , aku okay .Thanks sebab ambil berat pasal aku and aku pun saayangkan korang jugak .

Tolong jangan anggap aku macam orang asing . please . 

Kepada lelaki yang pernah bertakhta di hati  , Aku mintak maaf sebab aku rasa kau yang paling rapat dengan aku , walaupun baru beberapa bulan je kita kenal , 4 bulan kalau tak silapAku mintak maaf Sharizwan sebab sikap aku berubah serta merta terhadap kau ,

#Aku dah tak layan kau sama macam dulu
#Aku dah tak sms kau kerap macam dulu
#Aku dah tak call kau kerap macam dulu 
#Aku dah semakin susah nak angkat call kau
#Aku dah semakin lain dengan kau
#Mungkin kau rasa aku semakin jauh dengan kau

And aku tahu kau perasan semua tu. Aku minta maaf okay . Aku terpaksa ikut kata hati aku ni . Aku seolah hilang deria rasa , Kalau dulu aku selalu ada rasa sayang , cinta , rindu kat kau . Tapi sekarang aku lebih rasakan sayang aku , cinta aku , rindu aku tu Allah lebih berhak ! Cinta Allah tu lebih agung tapi aku perlukan pembimbing aku . Seorang hamba Allah yang boleh membimbing aku sama-sama menuju ke jalan yang diredhai Allah sebab aku juga insan biasa yang kosong , cetek ilmu .
Maaf jika aku banyak menyinggung perasaan kau masa kita berkawan dan sampai bila2 kita berkawan ye :)
Maaf juga jika aku buat kau menangis dan boleh melemahkan ego hati lelaki kau :)
Terima kasih sebab sentiasa ambil berat tentang aku selama kita kenal .

Nota hati : Aku masih mencari identiti diri aku yang sebenar . 
Sering kali kita terlalu mencari jodoh yang sesuai sedang kita terlupa untuk mencari hidayah. Cari hidayah kelak jodoh datang mencarimu :))

Thursday 15 March 2012

Subhanallah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Longing for personal time to think, to be able to write again and decide what is the best for myself (!)



    Aku tak faham , aku keliru , aku tak tahu apa yang jadi , aku sedih , aku seakan tiba-tiba mengenang kisah silam , dosa yang aku lakukan pada Allah , dosa aku dengan ibu ayah , dosa aku dengan guru , dosa aku dengan teman2  . Ya allah , Astaghfirullah :'( Ampunkan segala dosaku Ya Allah .(menangis dan terus menangis)


    Tak tahu pada siapa ingin mengadu rasa hati , rasa hati yang tiba2 menerjah sanubari . Jadi tiba2 aku ulangi ! Jangan dipaksa untuk aku beritahu kenapa sebab aku sendiri tidak tahu .Tolong bantu aku wahai sesiapa yang tahu kenapa dengan perasaan aneh aku ni ;( tak tertanggung rasa hati .


      Tatkala aku tiba2 dihinggapi rasa sunyi pada masa itu juga rasa air jernih bergelinang dan terus membasahi pipi gebu aku ni . Kisahnya begini , perasaan aneh ini muncul pabila aku tertarik untuk membaca satu entry hebat di blognya . Aku terpukau dan terpaku , aku membaca dan terus membaca dengan fokus , tiada satu huruf pun yang tertinggal sampai tak kusedari pipi aku dibasahi air mata . Tak puas sekali habiskan membaca entry beliau , aku ulang sekali lagi . Subhanallah , memang aku akui aku sudah jatuh cinta dengan semua entry beliau ! Sungguh aku tak bohong .


      Aku sebenarnya takut , tanpa aku sedar , post2 kat FB aku pun semakin pelik dan aneh sehingga sahabat2 yang care pasal aku sibuk bertanya kenapa dengan aku . aku hanya mampu balas "aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang" tolong aku :'( Terima kasih kawan2 sebab masuh mengambil berat pasal aku ye :)) Aku gembira , aku bahagia , rasa tenang bila dapat kurangkan sedikit beban di dada aku masa ini . Aku hargai korang sangat :)


      Semalam , tubuh aku sejuk diam terpaku apabila mendengar berita salah seorang sahabat aku telah kembali ke rahmatullah . Ajal sebenarnya tidak mengira usia , malah bukan orang yang sakit terlantar sahaja yang akan pergi meninggalkan dunia . Beringatlah kita yang hidup ni k . Marilah kita sama2 sedekahkan alfatihah untuk Mohammad Riduan . Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para anbia' , dikalangan orang2 beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT .Inshaallah :)


Al-fatihah...
ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
ﭐﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﭐﻟْﻌَـٰﻠَﻤِﻴﻦ
ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
ﻣَـٰﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﭐﻟﺪِّﻳﻦ
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ
ﭐﻫْﺪِﻧَﺎ ﭐﻟﺼِّﺮَ ٰﻁ ﭐﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ
ﺻِﺮَ ٰﻁَ ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﭐﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﭐﻟﻀَّﺎۤﻟِّﻴﻦَ
Amin ♥♥♥salam jumaat



Mohon maaf , mohon ampun jika pernah menyinggung perasaan , termarah yang tak kena , terpukul kat mana2 , terambil harta benda buat macam harta sendiri :)

Monday 12 March 2012

alkisah via blackberry smartphone :)) (part 3)

Assalamualaikum , selamat pagi eberybedy:)

*Ni sambungan perjalanan holiday aku lagi tau !

Semalam Sunway Lagoon , Hari ni pasal blackberry pulak :)

Sebelum ni jeles tengok korang pakai Bb , Hari ni korang jeles la pulak kat aku dah pakai Bb .haa , batak ke tak ? hikhik
Bertambah lah jeles korang bila tau Bb aku ni ada orang hadiahkan tau ;p

*Erm,nak beli tak mampu kan*

Terima kasih yang sudi hadiahkan tu kalau tak sampai ke anak cucu la aku tak merasa nak bervia-via . hikhik ,,,
Untunglahhhhhhhhhh :))

heeee,,comel.

Nak tahu sape yang hadiahkan aku mende alah ni yang mungkin akan buat aku selalu lambat reply massage dia . Yela benda baru kan memang lembab laa aku macam monyet dapat pisang hahahahaah :)

*sebelum ni aku pakai handfone nurkiah cabok tu je,. 3310 .bhahah . okay tipu .

Ni haa lelaki budiman yang hadiahkan aku mende pelik ni :)



Lupa pulak BFF kita si aleen pun ada sekali tau :)
seronoknya bila ada dua insan yang aku sayang ni ,, 




BF vs BFF :)

Terima kasih my dears :)
My handsome BF and my Sweety BFF ...

Iwan dah suka membebel kat aku taw sebab aku lambat reply massage dia and aku selalu bbm and twitter masa tengah skype . hikhik :)) sorry ;p


*kisah dongeng semata mata . 

perjalanan sunway lagoon (part 2)

Assalamualaikum . hai sambugan lagi ni :))

Pada keesokan harinya aku and syarizwan plan nak pergi mandi kat sunway lagoon . Seingat aku baru sekali je aku datang situ mandi last masa aku darjah 3 kot itupun masa aku balik umah makcik aku dekat area2 situ jugak ! GGrrr tapi tu dah zaman tok kadok dahh haaa... And dah banyak perubahan dah pun .
Okay , selalunya aku hanya boleh tengok dalam TV je orang ramai mandi manda berenang kuak lentang bagai .Hari ni biar aku pulak yang tunjuk betapa hebatnya aku berenang semua skill aku *tak boleh ! haha!

Pagi2 lagi iwan dah kejut aku suruh mandi then aku cakap kat dia nak buat apa mandi , kejap lagi kan nak mandi ,Then dia gelak2 jek aku cakap macm tu :)
Okay dah siap mandi , dia datang amek aku kat umah aleen,. Aleen ada kelas time tu dia tak dapat join kitorang .

Alhamdulillah jalan tak jam sangat pagi tu hari Jumaat kalau Sabtu mesti sesak kereta ramai seolah olah macam nak mengiring perjalanan kami :)

Sesampai di sana , kami pun bayar laa tiket nak masuk . Ambaoi kemain mahal lagi !sorang rm60 , 2orang Rm1200 ehh Rm120 :) *semua dia bayar :) aku goyang kaki jek .

 kat pintu masuk sunway lagoon

 Dah masuk . mintak tolong photog kat sana amek kan pic gila kami :)*entah pape dia amek .ggrrr

 fav pic :))

 Ada harimau malaya . iwan teruja noe tengok rimau ;p
aku bawak balik sekor bagi kat dia.

 apa ntah nama binatang ni :)
macho macam iwan ;p


Ada ular sawa besar. Masuk iwan pun muat :))

 otototo somelnye dia dido :))

 nasi lemak ayam 10 hengget bak hang. Mahal gila makanan kat dalam tuu . Tengok muka aku pun tak ceria 

monyet ni suka kat iwan , jeless seyhh !!

power tak jam power rangers tuu ;p



itu je nak cerita holiday aku kat sunway lagoon tapi ada cerita lagi best lepas ni 
tunggu next entry okay :)

bersambung...

Sunday 11 March 2012

indah jika dirimu sentiasa disisiku (part 1)

Ni sambunagn entry lepas . Sapa tak baca lagi pi baca dulu nah :)

*scroll bawah ni ja . tak jauh pun :)

Okay sesampai sahaja si sharizwan ni di Selangor Darul Ehsan terus aku suruh dia amek aku kat Pekeliling tuh haa sebab aku pun baru balik dari bercuti midsem yang selama seminggu tapi aku balik awal siket nak jumpa dia punya pasal :)
*aku cuti dari 3-11 march 2012
(9 march aku dah balik kl) 

Punya kelakar dia tak tahu kat mana Pekeliling tuh padahal area tuu memang dalam poket dia dah :) 
Lama jugak laa aku tunggu dia sempat kematu jugak laa bontot . ishh,,

Okay dia dah sampai :))
*bukak pintu - masuk kereta Forte dia - sunyi sepi bunyi cengkerik *krik krik*
dua2 tak tahu nak start conversation macam mana :)

Okay laa aku start dulu aku kan memang peramah ;p

Lepas tu dia sambung sampai tak reti nak berhenti tak bagi peluang kat aku langsung . haihh !
Aku start baru pandai nak bercakap .

Okay otw gi The Curve :))
nak isi perut dulu then tengok wayang . 

 Muka kelaparan ;D

 Melantak macam tikus ;p

 Bukan sopan sangat budak busuk ni !

Aku yang gemuk . sekian ;p

Actually dah beli tiket wayang dah sebelum gi terjah Big Apple tuuu .
Kitorang gi tengok ADNAN SEMPIT 2 :)
Memang dah lama plan dah nak tengok cerita tu . Even filem tu dah 2 minggu keluar tapi still meletop and ramai lagi orang tengok cite tu . Memang best tak rugi pun beli tiket . Memang gelak sampai pecah perot je kojenye :))sapa tak tengok lgi pi tengok exboyfriend aku tuh jadi hero taw !

Lepas tengok muvie macam macam biasa kitorang gi McD tempat dia melamar aku dulu.. cececeyhh !
KLMJ (kenangan lama menusuk jiwa) kejap !

Selesai melepak sambil online sambil makan kentang goreng+coke@pepsi , dia hantar aku pi umah BFF aku si alean tu ehh sala sala ,, aleen :)) kat Pelangi Damansara 

and dia tinggalkan aku

and 

and 

  dia pi jumpe kawan dia si nizam kat uptown damansara tu (dia tompang tido umah member dia tuu)

Kbai, bersambung episod seterusnya :))


Rambut kau panjang bawak2 laa potong . sekian ;p


bersambung...

Baru betul2 nama dia berkorban (episod satu)

Assalamualaikum and very good evening to my fellow friends.
Today ,, 

*dah sudah2 . berterabur skeaping jap lagi .......:)
*speaking ;p

Maaf lah entry aku mood jiwangs :)

Pernah korang berkorban untuk cinta korang ? Berkorban apa sahaja harta ataupun nyawa :) And pernah korang TERkorban sebab cinta korang .
Okay entry aku ni nak cerita pasal seekor lembu telah terkorban dalam kejadian ngeri di selekoh maut .. ehh ,, tidak2 ...

actually aku ni masih dalam mood sedih and dalam masa yang sama tak boleh terima kenyataan yang MR.bubu dah balik johor semula setelah BERKORBAN and bertungkus lumus drive dari JB-KL yang kira2 lebih2 dua marhalah tuuu :)
Boleh tak aku nak highlight tindakan dia sebagai PENGORBANAN yang dia dah buat ?
Yup aku rasa itu satu pengorbanan and 1 lagi nak tahu sesuatu tak?

*dia sanggup kerja kat PASARAYAKU nak kumpul duit nak datang jumpa aku . Memandangkan PM kita Dato' Najib tu bagi cuti 3 bulan duduk rumah before panggilan kerja :)

Actually dia bukan nak sangat kerja ni tapi mungkin sebab TERpaksa yang dia tahu nak habiskan cuti dia dengan tido , makan , lepak ,tido , makan ,lepak :))
Tapi tu cerita 3 bulan lepas tapi kata dia lepas jatuh cinta pandang keberapa entah kat aku dia belajar untuk berkorban and kata dia aku ni penting sangat , Tapi tataw la apa *function aku ? hihi

Lepas sebulan dia berkhidmat penuh setia dengan pasaraya terkemuka tu (*konon2) dia pun hantar notis 24 jam letak jawatan . Ceh macam kau kerja office bagai .hahah

Lepas jek terima gaji dari boss , esoknya terus dia datang kat aku (KL). 
*kalau la aku jadi bos kau menyesal seumur hidup  aku amek kau jadi pekerja aku tau . hhaha . nasib baik aku tak jadi :p

Walau macam mana pun aku kagum sangat sebab kau bekerja bagaikan banglaa yang ahad pun tak cuti semata mata nak kumpul duit nak datang kemain jauh jumpa aku :)
Terima kasih sayang :)))

Aku hargai sangat pengorbanan kau yang satu ni ;p

sekian.....
p/s = ehh,, belum habis lagi cerita ni....
baru episod 1 :)



Saturday 3 March 2012

Entry untuk sang paru-paru limpa :)

Assalamualaikum dan selamat pagi .

Kemain pagi lagi aku bangun kan . mana tak nya exited giler babeng nak balik pahang nak peluk cium emak jap lagi . Semoga perjalanan aku jap lagi tak ada apa2 masalah . Semoga cepat sampai ! Ameen .

Okay , Entry ni aku buat khas untuk sang paru2 limpa jantung pedal hati aku !
------->Sharizwan aka blink aka bubu :))

Dear bubu,

Tujuan adinda mnegarang di pagi buta yang hening ini adalah ingin menyatakan hasrat hati bahawa adinda sangat merindui grandmother . haha tetibe..

Testing......

Sudah ! 
sayang ,Hari ni aku nak balik cuti mid sem selama 1 tahun wahhhh !!!
*seminggu je lah .

Aku nak kau tahu perangai aku yang ini bila berada dirumah 
*kan kita baru jek memasuki alam cinta masa aku kat kolej . Kenyit mata siket ada orang jeles laa,, nguu
Ni nak bagitau aku kat kolej lain , kat rumah lain . itu memang perangai sejak dari perut emak aku lagi . Memang tak boleh nak ubah dah !

Meh sini baca list ni 
Haha ni perangai aku harap kau faham aku k :)

1)Bila kat rumah nanti aku dah tak pandai nak pegang handfone *handfon letak bawah bantal dalam bilik senyap2 .tehee.

2)Bila kat rumah nanti kau jangan mengharap sanagt eh aku reply massage kau . 5 jam kemudian la baru aku reply . Sorry sangat eh :(

3)Bila kat rumah nanti , kau jangan mengharap lagi aku angkat kau call especially pada waktu tengah malam .Aku kan baby memang kena tido awal pun ... 

4)Bila kat rumah nanti aku akan menghabiskan sisa2 hidup aku dengan tidur makan tidur makan . Kau jangan terkejut monyet lah bila tengok aku masa kita jumpa next week eh :)) *tak sabar nak tepuk dahi kau !

5)Bila kat rumah nanti aku jadi budak baik , percaya aku eh aku tak keluar merendek pun . Dok diam2 jek kat rumah .Budak solehah :)

6)Bila kat rumah nanti aku banyak menghabiskan masa aku dengan mak and adik2 aku tersayang . Memang banyak aktiviti kitorang nanti . Apa ? kau nak join . Haa ,,nanti lepas ijab kabul eh .. hikhik. *tak sabar

7)okay jap lagi aku sampai rumah . :)))))

Kau jangan pikir bukan2 pasal aku taw . Aku just nak kau tahu je perangai aku ni . Sangat buruk kan .
Malas giler nak layan phone .Nanti bila jumpa kau minggu depan aku bawak kuih baulu aku buat sendiri bagi kau rasa okay .

Untuk dear reader pulak , entry seterusnya akan dihupdate minggu hadapan :)))
*macam cerita drama tv3 pulak kena tunggu minggu depan . hikhik..



Semoga ketemu lagi di lain lembaran :)
CHuichui , selamat mencutikan diri :))


Rindu giler babeng kat budak rabun ni . Tak sabar nak meeting next week :)

Friday 2 March 2012

Macamana Kalau Exboyfriend/Girlfriend korang contact korang balik ?

Hye Assalamualaikum .

Jari ligat menaip tatkala otak pecut memerah idea :)
Maaf hari ni mood aku sangat runsing memandangkan mengalami bulan merah atau lebih tepat datang bulan . oppst, *perlu ke bagitau ? Be open yeah . Atau itu cuma alasan aku untuk jadi lebih garang dan bertukar menjadi harimau Malaya ?

ARRGGhhh,, Serabutnye otak malam ni ! Tak sabar nak balik esok nak peluk emak ketat rapat padat sebab itu je cara aku nak hilangkan segala kekusutan melanda diri ini !Mungkin.

Memang kusut bila ex-boyfriend text kita balik .Lagi bertambah kusut bila aku terpaksa mengoogle translatekan ayat SMS beliau . Langsung tak faham apa maksud tersurat dan tersirat beliau .SPM dulu cukup2 makan jek Bahasa Ibunda !  A+ :)

Tolong lah weh , sesak nafas nasib tak ada Astma je . Syukur.
Benda dah lepas tolong jangan nak cuba2 ungkit lagi . Aku tak sanggup menanggung belenggu duniawi ni lagi ..March please be nice to me and Blink2 :)

Sekian kali aku nak bagitau sang Ex , aku tak layak lagi hina untuk kau . Sudah yea :)
There are many girl is better than me outside and please forgive me and im so sorry and please forget me and and berapa banyak and daaa .


*Tak sabar nak jumpa kau budak rabun :)

Surat Cinta Untuk Ex-Boyfriend tersayang :)


Kekasihku yang dirindui...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini. :-(

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
Kekasihmu..


Thursday 1 March 2012

Semakin membulat harus jogging ;p

Assalamualiakum :P

Hari ni entry pasal budak bulat yang semakin membulat.
Sadisnya nak buat entry ni . Okay cekalkan hati .Pasrahkan jiwa . Kau kena terima kenyataan bahawasenya kau memang budak chubby tapi comel . Nasib baik ada comel tuh . Kalau tak mesti tak laku andartu sampai tua ditambah perangai yang sedia hodoh lagi cacat .*apa yang aku merepek ni ?
Itulah fizikal aku.!


First nampak tak tompok kat tudung aku tu ?Itu tandanya aku betul2 berjogging taw. Fuhh penatnya !
Tapi rasa seronok sangat bila jogging kat kebun bunga :)
Tenang bila tengok bunga . 
Nak tahu mana tempata ku pergi ni ?
ni haa kat sini je ..

 Taman Warisan PKKN Sungai Buloh
Bangunan2 kat belakang tu Asrama aku leerr
Sekangkang semut jek dah sampai kat taman ni . Tempat jogging terdekat la nih ..


Ditemani dengan 2 orang budak comot ni .hahah
Thanks uolls ;p
Lepas jogging , malam tu keluar makan pulak . baik tak payah! . hahah .


Sambil2 jogging sempat jek nak snap bunga kan . aku suka bunga sebenarnya :)
Rasa tenang je bila tengok bunga , Actually aku suka keindahan alam .
Seronok kan macam dalam drama2 tu , hero bagi bunga kat heroin dia . aww,,suweet kau nyah !

Cantik




Ada banyak sangat kedai bunga kat dalam taman warisan ni :)

Bila tengok pokok bunga gantung ni terus teringat emak , emak suka sangat pokok bunga gantung2 ni . Kalau aku ada lori mesti aku dah bawak balik satu lori bagi kat emak dah ;p


boyfriend, nanti nak bunga . sekuntum pun jadi lahh .. ^___^


Rasa macam hari2 nak jogging , nak kuruskan lemak2 yang menggerutu ni . haha
Exited giler tapi esok nak balik pahang daa.
Mesti aku dok umah kerja nak besarkan badan je . Makan tido Makan tido tu je la kerja aku bila dekat rumah . Rindunya dekat emak . :)

p/s:akan mencutikan diri sempena cuti mid sem selama 1 minggu ,blog ni pun akan terbiar selama 1 minggu .
sekian . selamt menggemukkan diri (: